LCC Rawamangun

Oktober 23, 2008

BIBIR PESONA DAN MISTERINYA

Filed under: Tips & Artikel — franchise bimbel @ 1:22 pm

BIBIR PESONA DAN MISTERINYA

Bibir wanita merupakan senjata yang cukup penting untuk memberitahu sex appeal bagi pemiliknya. Di sinilah antara lelaki dan wanita dapat mengadakan suatu kerjasama untuk mencipta suatu kemesraan secara tersendiri yang terkenal dengan seni ciuman. Oleh itu, lelaki selalu membayangkan sesuatu yang penuh keindahan jika pada suatu saat menyaksikan bibir wanita yang sedemikian segarnya. Di balik keindahan yang diperlihatkan ini, bahagian bibir juga menyembunyikan suatu misteri watak pemiliknya. Di bawah ini diperihalkan bibir dengan misterinya yang patut sekali untuk anda ketahui.

BIBIR YANG SEGAR DAN KEMERAH-MERAHAN
Seorang wanita yang secara ilmiah memiliki bibir yang sentiasa segar serta kemerah-merahan tanpa gincu, menunjukkan bahawa pemiliknya mempunyai kesihatan yang baik dan pandai menjaga tubuhnya. Biasanya memiliki sifat yang periang dan terbuka jalan fikirannya.

Ramai yang senang bergaul dengan wanita ini kerana pandai bergaul dengan sesiapa sahaja. Mereka dapat memberikan kesenangan pada kekasihnya dengan sifat kewanitaannya manja dan penuh keghairahan dalam hidup sehari-hari.

Pada umumnya juga bersifat manja serta menginginkan belaian kasih sayang yang penuh dengan kehangatan. Mereka akan merasa kecewa bila nanti mendapatkan seorang kekasih yang memiliki sifat yang kaku sekali serta tidak dapat memanjakannya. Biasanya wanita golongan ini memiliki ekspresi wajah yang merangsang sejajar dengan bibirnya yang sentiasa segar bugar.

BIBIR YANG BIRU
Ada juga yang memiliki bibir seperti ini. Mereka boleh digambarkan sebagai memiliki erti secara tersendiri, iaitu menandakan babawa wanita pemiliknya adalah seorang yang tidak dapat dipercaya kata-katanya dan sering ingkar. Tidak mempunyai rasa tanggungjawab sesuai dengan kewajipannya.

Cerewet dan sering berselisih faham. Anda mesti pandai mengawalnya.

BIBIR YANG NIPIS
Wanita yang memiliki bibir seperti ini umumnya banyak cakap dan suka bercakap hal-hal yang tidak semestinya. Suka menghalalkan cara-caranya sendiri. Tidak memperdulikan tegahan dan pendapat serta perasaan orang lain.

Pandai merayu dan mempunyai kata-kata yang menawan. Sesungguhnya mereka ini pandai berlakon.

Ciri khas ini hampir meliputi semua wanita yang memiliki bibir seperti ini. Biasanya memiliki nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang mantap dari lelaki pilihannya.

Bagaimanapun mereka yakin dengan jalan hidup yang dipilihnya, meskipun ada setengah orang tidak senang dengan tindak tanduknya itu.

BIBIR MUNGIL
Wanita yang memihki bibir yang kecil mungil pada umumnya mempunyai gaya dan pesona yang dapat mendebarkan pihak lelaki. Mereka akan menunjukkan sikapnya yang keanak-anakan dan penuh kemanjaan.

Sikapnya selalu minta dilindungi dan dibelai. Namun, jika belum dapat menyesuaikan dengan keinginannya, maka golongan ini akan selalu membuat kerenah dan keresahan kepada kekasihnya. Golongan ini selalu menggantungkan pihak lain kerana tidak memiliki pendirian yang mantap serta selalu was-was terhadap apa-apa yang dilakukannya. Pihak lelaki yang dapat menggunakan kesempatan dengan menggodanya akan menimbulkan seni tersendiri yang penuh dengan kecerahan.

Mudah sekali untuk menjinakkan wanita golongan ini jika memiliki kecerdikan untuk dapat mengetahui akan kelemahan-kelemahannya. Yang penting adalah dapat menciptakan kepelbagaian yang dapat memberikan kesenangan padanya. Ini akan membuat mereka menjadi jinak serta hilang sikap malu-malu kucing.

Golongan ini dapat diharapkan untuk menjadi ibu rumahtangga yang baik, tetapi anda harus tahu bahawa betapa golongan ini cerewet.

Walaupun nafsunya cukup besar, tetapi jarang yang dapat ditunaikannya. Sikap yang terbuka dapat membuka rahsia dirinya dalam menyelesaikan berbagai-bagai masalah.

BIBIR TEBAL
Wanita yang memiliki bibir tebal pada umumnya menunjukkan petanda bahawa pemiliknya sukakan kemesraan. Suka kepada kebebasan dan berfikiran terbuka. Mereka gemar bercakap soal cinta dan seks.

Dapat memberikan kesenangan, tetapi kadangkala dapat memberikan rasa bosan kerana sikapnya yang suka mencemuh dan membuat malu di hadapan orang ramai.

Tidak suka berpura-pura, tetapi jika memiliki rahsia akan disimpannya betul-betul. Apabila sudah membenci seseorang maka rahsia itu akan berkecai juga.

Jika sudah bersolek, maka semua waktu seakan mahu dihabiskan untuk berdandan. Mereka kurang mengambil berat terhadap suami, terutama yang bersangkutan dengan hal rumahtangga, seperti mengurus rumah, makan minum anak dan suami.

Peranan seorang suami harus lebih mantap. Mereka harus dibentuk dari awal dan tidak mustahil mereka boleh menjadi isteri yang paling disayangi suami.

BIBIR YANG SELALU TERBUKA

Wanita ini umumnya memiliki nafsu seks yang kuat, berkobar-kobar dalam mengejar kepuasan biologi. Walaupun dalam masalah seks, mereka ini rambang, tetapi berlawanan sekali dengan disiplinnya dalam pekerjaan yang dilakonnya, selalu mendapat kejayaan.

Ramai di antara mereka ini yang sukses. Memiliki pandangan yang cukup luas dalam lapangan yang dikuasaianya.

Golongan ini cukup optimis dengan tujuan yang dikejarnya dan kerananya banyak yang dapat kejayaan.

Mudah jatuh cinta dan jika mereka ingin menambat hati seseorang lelaki idamannya, mereka akan mengejarnya walau sampai ke lubang cacing.

Untuk mendapatkan hajat hatinya itu, baginya malu sudah tidak ada lagi. Ciri khas yang dimiliki golongan ini adalah merupakan gambaran dari para wanita yang seksi dan sering dijadikan pelakon-pelakon dilayar putih.

Iklan

Tinggalkan sebuah Komentar »

Belum ada komentar.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: